Visi, Misi, Moto & Objektif [2][3] Majlis Daerah Kuala Selangor

Visi

  • Perbandaran Lestari Masyarakat Sejahtera

Misi

  • Menyediakan Persekitaran Perbandaran yang kondusif bagi pembangunan ekonomi hijau, pemeliharaan alam sekitar, warisan sejarah dan kehidupan berkualiti.

Moto

  • "Usaha Untuk Rakyat"

Objektif

  • Meningkatkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian maklumat.
  • Memperkukuh dan memantapkan pengurusan kewangan bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.
  • Memperkukuh pengurusan dan perkhidmatan perbandaran bagi kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat.
  • Memperkasa tadbir urus organisasi untuk meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.
  • Mempergiatkan pembangunan bandar dan desa serta memperkukuhkan sosio-ekonomi secara holistik dan mampan untuk kesejahteraan rakyat.
  • Memperkasa dan mengoptimumkan pembangunan modal insan bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang.

Peranan

  • Memastikan semua pembangunan atau kawalan pembangunan di kawasan MPKS dilakukan melalui Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sediada.
  • Mempertingkatkan kecekapan pengurusan hasil Majlis.
  • Memantapkan pembangunan perkhidmatan perbandaran dari aspek pungutan sampah, pembersihan longkang, pemotongan rumput dan penyelenggaraan jalan.
  • Mempromosikan produk-produk pelancongan setempat seperti eco-tourism, agro-tourism, sport-tourism dan edu-tourism.
  • Menyedia dan menyelenggara infrastruktur dan kemudahan awam.
  • Membuka peluang dan ruang dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan.
  • Melaksanakan program pembangunan belia dan kemasyarakatan.